Statistik
Tarikh Bermula: 26/7/09
Tarikh Tamat : 27/11/09
Hari: 125 Hari
Pengumuman pelayan
Para pemain Travian yang dikasihi,
Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!
Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung NWO WW meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berkahir pada 14:22 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.
Bersama dengan persekutuan "NWO WW", "B 6 N T 6 I" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "B 6 N T 6 I" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!
"Dr. Azharï" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "RaNgErS" dan "TexStone".
"DBDB" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"B 6 N T 6 I" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pagarnya, melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.
Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir.
Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda
End WW Status
Top 10 Population
Top 10 Attacker
Top 10 Defender
Top 10 Hero
Monday, February 20, 2012
Travian Myx Edisi 2
Posted by Travian Malaysia at 9:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment